Google+ Followers

Friday, May 24, 2013

Kenapa Tamrin Talipon Mat sabu sebelum di tangkap ????

Semalam selagi lagi himpunan Black out "505" telah berjaya menarik ribuan orang ramai yang diadakan di Markas PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Puluhan ribu rakyat yang berbaju serba hitam telah berkumpul untuk mendengar ucapan dari pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat .

Selain DSAI, Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa, Pengerusi PKR Negeri Terengganu merangkap ADUN Bandar,YB Azan Ismail dan ADUN Batu Buruk YB Dr Syed Azman turut hadir.

Himpunan semalam juga disiarkan secara langsung melalui internet dapat ditonton keseluruh dunia .Isu isu yang banyak dikupas oleh penceramah adalah berkisar keputusan pilihanraya serta penipuan. Cuma sedikit kelainan apabila tiba giliran Saudara Mat Sabu berucap, suasana tapak ceramah menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa apabila Mat Sabu mengeluarkan hujah secara berjenaka.

Mat Sabu membangkitkat isu penangkapan pemimpin pembangkang semalam, beliau mengatakan "PENDEKAR BAGAN DATO" merujuk kepada Zahid Hamidi sudah menunjukan belang. Beliau berkata sebelum bertolak ke K.Trengganu beliau menerima talipon dari Tamrim Ghafar Baba yang di tangkap semalam.." ..

Tamrin Ghafar Baba berkata '" semasa aku di dalam Umno semua benda jahat aku buat tapi pihak berkuasa tak tangkap pun aku,' Tetapi bila saya baru nak buat baik aku nak bertaubat dan duduk didalam jemaah Pas saya ditangkap "

... Inilah realitinya negara kita Malaysia kata Mat Sabu, sambil disambut dengan laugan takbir oleh para hadirin.... Ceramah yang di pegerusikan oleh Jahari Abdul di akhiri pemidato terakhir iaitu YB Anwar Ibrahim, Tepat Jam 11.30 malam himpunan diakhiri dengan menyanyikan lagu negaraku secara beramai ramai oleh hadirin.

Nak Saman Pulak Beb...kah kah kah

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh akan menyaman PKR termasuk pengarah strategi parti itu Mohd Rafizi Ramli yang menyebarkan kenyataan berhubung 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikurung bagi memangkah kertas undi di Parlimen Besut dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). "Saya sedang meneliti tuduhan mereka bersama peguam bagi memastikan tuduhan yang boleh merosakkan imej saya selaku Anggota Parlimen Besut itu tidak dicemarkan secara sesuka hati. "Bila dibuat satu kenyataan awam tanpa bukti yang boleh mencemarkan nama baik saya dan parti, sudah pasti saya akan bertindak untuk menyaman mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gong Nering, yang diadakan di Kampung Gong Guchil, Jerteh di sini Jumaat. Idris berkata, beliau tidak mengetahui dari sumber mana mereka memperoleh berita tersebut yang disebarkan di laman sosial Facebook dan Blog Keadilan dan didedahkan setiausaha agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail yang dipetik dari Keadilan Daily. "Dakwaan itu tidak berasas kerana mana boleh petugas SPR dikurung... Mereka perlu bertanggungjawab atas setiap tuduhan yang dibuat," katanya.

Sementara itu, ketika berucap di majlis berkenaan, Idris berkata Barisan Nasional (BN) perlu diberi peluang untuk melaksanakan janji-janjinya yang dibuat melalui manifesto Pilihan Raya baru-baru ini dan berharap Pakatan Rakyat tidak terus merosakkan keamanan di negara ini hanya semata-mata untuk memenuhi cita-cita Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. "Mungkin pada PRU13 baru-baru ini BN kalah dari segi perang siber tetapi dalam menentukan pemerintah negara BN telah berjaya. Oleh itu sebarang keputusan patut dihormati semua pihak," katanya. Pada PRU13 lalu, Idris menewaskan calon PAS Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 undi.

3 pemimpin pakatan,ngo dibebaskan????

Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.

Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa di pelbagai tempat petang semalam dan polis kini perlu membuat permohonan baru untuk reman jika ingin terus menahan mereka.

Tian Chua minta tafsir Al Quran di dalam lokap ?

Tian Chua dikhabarkan meminta senaskah tafsir Al Quran untuk dibaca di dalam lokap. Berita itu sesungguhnya sesuatu yang baru dan mengujakan.

DIharap pihak polis dapat memberikan tafsir tersebut kepada beliau untuk dibaca semasa berada di dalam lokap yang pastinya membosankan. Semoga Allah membuka pintu hati Tian Chua untuk menerima Islam. 

Ramai manusia ternama di dunia memeluk Islam setelah mempelajari agama Islam semasa di dalam tahanan di negara masing-masing. Antaranya ialah Mike Tyson dan Muhammad Ali.

~Gendang Perang

Kenyataan "Pelik" Menteri Ini..

Kerajaan tidak campur dalam penahanan beberapa anggota pembangkang dan aktivis pada Khamis kerana ia di bawah bidang kuasa polis sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata polis tentunya mempunyai asas kukuh untuk mengambil tindakan berkenaan bersandarkan kepada bukti mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Kita tidak mahu campurinya kerana mereka (polis) dapati ada asas kukuh untuk reman penama berkenaan kerana dikatakan telah langgar peraturan. "Apabila sudah sahih dan cukup buktinya, terserah kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan kerana sejak kebelakangan ini rakyat rasa cukup bimbang kalau tidak ada tindakan tegas diambil, tidak kira siapa yang lakukannya," katanya ketika diminta mengulas penahanan Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis Haris Ibrahim dan anggota PAS Tamrin Ghafar di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Bercakap kepada pemberita selepas mendengar taklimat berkaitan pelancongan di Phuket oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TTA) di sini Khamis, Muhyiddin sambil menolak penahanan itu mempunyai kaitan politik, percaya tindakan polis itu adalah untuk memastikan tidak timbul sebarang masalah serta huru hara dalam negara.

Katanya keamanan negara tidak boleh dibiarkan digugat oleh pihak yang berpendapat mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira kesejahteraan rakyat dan negara. Beliau berkata pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja jika melakukan perkara yang boleh menyemarakkan perasaan permusuhan atau membangkitkan perasaan tidak baik dalam kalangan rakyat. "....pihak polis mengambil tindakan sewajarnya supaya tidak berlaku huru-hara, bukan kerana soal politik tetapi demi memelihara kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara," katanya.

Mengenai kemungkinan penahanan tersebut akan dijadikan modal politik pembangkang, Muhyiddin berkata polis tidak perlu gentar jika tindakan mereka dibuat atas dasar bahan bukti yang mereka anggap mencukupi terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan. "Apa yang penting ialah rakyat mahu melihat ketegasan pihak berkuasa bertindak kerana menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara," katanya.

BN Pun Nak Fail Petisyen Jugak!!!!jangan lupe pasal dakwat tak kekal juge ye!!!

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk memfail petisyen atau bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lepas.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata panel peguam parti sedang meneliti perkara terbabit. "Kita sedang lihat kesemua kawasan yang kita menang dan kalah tipis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berikutan pewartaan itu calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan.

Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing. - Bernama

Thursday, May 23, 2013

Bila azmin ali mula bersuara.......

Saya mengecam penahanan Tian Chua, Haris Ibrahim, dan Tamrin Ghafar di bawah Akta Hasutan kononnya atas ceramah anti-penipuan pilihan raya baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Tindakan keras terbaru oleh pihak polis, seperti yang saya telah beri amaran dan peringatan  pada artikel saya yang lepas, akan kembalinya ke zaman Mahathir apabila tindak balas pertama kepada dakwaan rakyat hak-hak sivil mereka adalah penggunaan kuasa polis. Mereka yang bertanggungjawab untuk penyalahgunaan kuasa kerajaan akhirnya perlu menjawab perkara ini.

Bermula dengan tuduhan yang sama sekali tidak wajar terhadap Nik Nazmi atas kejayaan yang amat membanggakan di Perhimpunan Aman Stadium Kelana Jaya. Adam Adli kini telah didakwa dengan hasutan sementara ramai lagi yang ditahan malam tadi untuk menjaga cahaya lilin vigil.

Dengan Menteri Dalam Negeri baru cuba untuk mengalahkan penjawat sebelumnya untuk dilihat lebih hebat dan kuat, sedangkan  Najib masih berada dalam 'elegan senyap', kita boleh menjangkakan lebih banyak tangkapan dan pendakwaan keatas pemimpin pembangkang dan aktivis hak sivil.

Saya menyeru kepada rakyat untuk tetap teguh dalam usaha mereka memperjuangkan kebebasan dan keadilan. Ia adalah hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan kemarahan dan rasa tidak puas hati kami dengan penipuan demi penipuan.

Mereka cuba untuk menakut-nakutkan kita ke alam penyerahan. Kita mesti terus mempertahankan hak-hak dan maruah kita.

AZMIN ALI
Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat

Kenyataan bangang + bahlol noh omar(dari tadika mane ni????)

Wednesday, May 22, 2013

Zahid, Adakah Rampasan Kuasa BN Di Perak Tindakan Demokratik?

Merujuk kenyataan Zahid semalam, kononnya ‘rampasan kuasa tidak demokratik dan perlu terima keputusan PRU’, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan Zahid Hamidi supaya jangan lupa bagaimana dia mempertahankan rampasan kuasa Perak pada Februari 2009.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar terpaksa mengadakan sidang media bawah pokok setelah BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat secara haram pada 2009. Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?

Mengenai kebangkitan rakyat pasca PRU13, Zahid janganlah bersikap munafik. Zahid tahu dan sengaja memutar belit isu dengan menyebut seolah rampasan kuasa akan berlaku. Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalan raya tetapi turun kerana pilihan raya 5 Mei lalu penuh penipuan. Kemenangan rakyat pada 5 Mei telah digelapkan maka rakyat keluar menyatakan bantahan untuk menuntut kembali demokrasi yang dicuri.

Telah diumumkan oleh Gagasan #SuaraRakyat505 bahawa tarikh 25 Mei dipilih sebagai acara kemuncak untuk pesta rakyat menuntut demokrasi, manakala lokasi berhimpun adalah di depan Amcorp Mall bermula petang. Gabungan yang disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan j/kuasa tertinggi SPR meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama.

SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah. Malah, kononnya SRP direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit.

Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan. Oleh demikian, semua rakyat diseru untuk bersama pada 25 Mei nanti yang merupakan kemuncak kesinambungan belasan himpunan besar Blackout505, dalam menyatakan protes dan bantahan terhadap kecurangan PRU-13. SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri jangan ulang kesilapan Hishammuddin Hussein yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa.

Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor. Percayalah, rakyat tetap akan bangkit menuntut demokrasi. Rakyat telah beri peluang, telah bersabar dan beri laluan untuk pilihanraya bersih dan adil. Malangnya rakyat dikhianat dengan penipuan pilihan raya, kemenangan dirampas dan hak demokrasi bersuara telah ditutup rapat. Rakyat tetap akan bangkit dan kekuatan rakyat tidak mampu dibendung, 25 Mei, Amcorp Mall.

Badrul Hisham Shaharin/CheguBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Nik Aziz : Apa guna popular jika tiada keadilan

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kejayaan Umno memperoleh undi popular hasil salah guna jentera kerajaan selain ketidakadilan media arus perdana. Menurutnya, Nabi Muhammad SAW juga tidak popular pada awalnya walaupun cuba mengembangkan Islam di Makkah. “Pada saya, popular atau tidak, itu bukan soal utama. Kebenaran tidak semestinya popular, bahkan Rasulullah SAW di Makkah tidak popular, tetapi tiba di Madinah, baginda terus jadi popular.

“Dengan seluruh jentera kerajaan digunakan untuk mempromosi Umno serta Barisan Nasional siang dan malam televisyen tidak henti-henti menyiarkan propaganda, jika hanya setakat itu sahaja Umno popular, saya kira ini masih satu kegagalan buat Umno,” katanya, semalam. Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata demikian ketika mengulas laporan Sinar Harian semalam berhubung laporan Kajian Pasca PRU13 yang menunjukkan bahawa Umno paling popular termasuk di Kelantan.

Dalam PRU13 lalu, Pas Kelantan kembali membentuk kerajaan setelah berjaya kuasai 33 kerusi Dun berbanding Umno, 12 kerusi. Laporan Kajian Pasca PRU13 semalam turut menyatakan BN terus diberi mandat memerintah negara ini apabila memperolehi majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada PRU13 lalu, sementara pakatan pembangkang yang dibarisi PKR, DAP dan Pas hanya memperoleh 89 kerusi sahaja.

Manakala dari segi undi popular, secara keseluruhan pengundi yang keluar mengundi dalam pilihan raya pelbagai parti itu, BN berada di tempat pertama dengan memperoleh undi sebanyak 5,237,699; kedua, PKR (2,254,328), ketiga, DAP (1,736,267), keempat, Pas (1,633,389) manakala parti-parti lain dan Bebas (192,904).

Selain itu, berdasarkan analisis Sinar Harian mengenai keputusan undi PRU13 juga menyaksikan BN peroleh undi popular di Perlis, Kedah dan Perak berbanding PR.

~bloglist malaysia

Ebay malaysia bakal di tutup????????????????

Bhai..  bermula sertamerta.... kos penghantaran barangan (shipping) ke luar negara naik 400 peratus.... Semua kerana POS Malaysia yang dahulunya sebuah badan berkanun... kini sudah menjadi kapitalis...

Hanya kerana pemilik POS Malaysia mahu kaya ... jadi secara tidak langsung... yang menjadi mangsa aderlah peniaga kecil-kecilan yang menggunakan Ebay... Dengan adernyer Ebay... peniaga dalam talian dapat berniaga... dapat belajar berurus niaga ke seluruh dunia.... tapi dengan kenaikan 400 peratus nih... gua rasa semua lepas nih cuma akan menggunakan Lelong.My dan Mudah,My sahaja... Berniaga dalam negara jer la.... hahahaha... kesian...

Antara yang menjadi mangsa aderlah sorang rakan gua yang berniaga baju bundle ....  kebanyakan client dier aderlah warga asing... dari Eropah dan US.... dan kini dengan kenaikan 400 peratus.... dier dah bagitau gua yang dier mungkin akan stop nak antar ke sana... sebab harga barangan yang dier jual dah jadi lagi mahal dari stok bundle kat sana... macam mana nak berniaga nih.... Aper la nak jadi..... fuh.... bau kaki punya bahana... hahaha.... kaya lar si bau kaki.... hahaha .... susah kalu bau kaki nih naik kat mana-mana...  pening.... hahahaha  ... nampak gayanyer Ebay Malaysia bakal ditutup la angkara bau kaki... Ader paham ka??

~(c++)

Lagi janji DICAPATI....

Pemuda Pakatan: Najib mungkir janji mansuh Akta Hasutan Pemuda Pakatan Rakyat menyelar pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pernah mengumumkan untuk menghapuskan Akta Hasutan tetapi masih menggunakan peruntukan tersebut untuk menahan aktivis siswa Adam Adli.

Gabungan sayap parti dalam Pakatan itu dalam kenyataan bersama mempersoalkan tindakan tersebut ke atas Adam Adli, sedangkan individu lain yang didakwa membakar sentimen perkauman tidak dikenakan apa-apa tindakan. "Akta sedemikian patut dihapuskan dan tidak patut disalahgunakan untuk menzalimi rakyat biasa.

“Kredibiliti Najib sekali lagi dipersoalkan kerana beliau pernah menyarankan untuk menghapuskan akta ini pada tahun 2012. “Ini menunjukkan bahawa Najib hanya bersandiwara dan tidak mempunyai niat politik untuk menghapuskan undang-undang yang langsung tidak mematuhi semangat ketertinggian perlembagaan,” kenyataan itu dipetik. Menurut Pemuda Pakatan, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan ke atas individu seperti presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, naib presiden NGO pro-Melayu tersebut Datuk Zulkifli Noordin dan juga bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.

Pemuda Pakatan mahu tindakan itu dikenakan ke atas Ibrahim ekoran kenyataan bekas MP Pasir Mas itu yang menggesa agar membakar bible berbahasa Melayu, ketika isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi tajuk utama laporan media pada awal tahun ini.

Tuntutan untuk mengenakan tindakan ke atas Zulkifli pula adalah berhubung satu kenyataan yang didakwa menghina penganut Hindu, dalam satu rakaman video. Mohd Noor pula meraih populariti ekoran kenyataannya di satu forum pada 12 Mei lalu, yang antara lainnya mendakwa masyarakat Cina mengkhianati setiakawan dengan orang Melayu. Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat- Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong serta Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataan hari ini turut menuntut agar Adam dibebaskan segera tanpa dikenakan sebarang syarat.

Malah mereka juga berkata, tindakan polis yang menangkap Adam tanpa sebarang sebab boleh disifatkan sebagai tidak menghormati hak rakyat Malaysia dalam menggunakan perlembagaan. Polis kini menjalankan siasatan ke atas Adam mengikut Seksyen124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan atas kenyataan yang dibuat dalam satu forum awam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei.

Beliau dan beberapa pemimpin lain dalam perhimpunan tersebut antara lainnya menggesa orang ramai untuk mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya. Pemuda Pakatan bagaimanapun bertegas bahawa Adam Adli sekadar memberikan pandangan yang munasabah dan berpatutan apabila menyeru rakyat Malaysia berhimpun bagi menyatakan protes ke atas pilihan raya yang kotor.

"Seruan beliau tidak melampaui hak yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tidak berunsur hasutan dan tidak mempunyai motif-motif untuk menjejaskan demokrasi berparlimen kerana kebebasan berhimpun adalah hak yang dijamin di bawah unsur Perlembagaan Persekutuan," kenyataan itu dipetik.

~greenboc

Utusan spin lagi??????

KUALA LUMPUR: “Saya menulis pasal 'spring', bukan himpunan bantah kezaliman. Bukankah telah acap saya menulis menyokong himpunan aman?” ujar Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebooknya.

Baginya, himpunan aman yang besar dan aman perlukan persetujuan rasmi komponen parti dan pemantauan yang lebih. Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu, segar jiwanya membaca ratusan komen yang pro dan kontra, panas dan cool daripada anak-anak muda terutamanya.

Tulisan itu ada kaitan dengan laporan Utusan Malaysia hari ini yang dipetik kenyataannya di laman Facebook dengan tajuk ‘Itu perbuatan gopoh - Nik Abduh’.

Akhbar pro Umno itu yang dilihat cuba melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat melaporkan, seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Malah, menurut laporan itu lagi, beliau mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya. Sambil mengucapkan terima kasih dengan komen anak muda ekoran laporan akhbar yang kerap kalah dalam kes saman itu, beliau berkata api selalu mencakar dan mengaum saat dipercik air.

“Saya hanya percikkan air, bukan menyimbah untuk memadamkan api kemarahan anak muda. “Bacalah beberapa kali pesan yang pendek itu. Ia mengandungi nasihat yang bagus,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. Mengenai himpunan aman yang besar dan aman, jelasnya ia memerlukan persetujuan rasmi komponen parti dan pemantauan yang lebih.

“Takuti provokasi tak terkawal oleh musuh PR yang sentiasa mahu mengotorkan reputasi PR yang cintakan keamanan dan kesejahteraan hidup,” ujarnya lagi. Beliau juga menjelaskan tulisannya pasal 'spring', bukan hal Adam Adli atau kezaliman pemerintah terhadap aktivis pelajar dan rakyat.

Katanya, Pemuda PAS telah pun buat kenyataan rasmi yang konsisten perihal penangkapan Adam. “Solidariti DPPM untuk Adam Adli,” tegasnya. Beliau menegaskan, Pemuda PAS bersama anak muda berada di barisan hadapan menentang penyalahgunaan kuasa dan undang-undang yang membunuh hak dan kebebasan rakyat. “Beruntunglah bumi ini, dijadikan Allah antara panas dan cool,” ujarnya.

~shalehudin

Tuesday, May 21, 2013

Bumbung masjid di Terengganu runtuh lagi.....almaklumlah...terengganu darul runtuh

HULU TERENGGANU: Tiada hujan dan tiada ribut yang melanda, tiba-tiba Masjid Kampung Binjai Kertas yang terletak di jalan Manir ke Kuala Berang yang siap dibina pada tahun 2007 telah runtuh sebahagian bumbungnya, seusai jamaah menunaikan solat Isyak, malam tadi.

Menurut saksi kejadian, dua keping atap masjid tersebut telah luruh, sekali sejurus selesai para jamaah menunaikan solat Maghrib dan sekali lagi ketika waktu hampir solat Isyak, sebelum ia runtuh sepenuhnya. "Selepas solat sunat Isyak tu, ada jatuh sekali (lagi) gummm...jatuh, selepas (kira-kira) dalam masa empat saat atau lima saat saat, brummmmm...selalu, sekejap saja dalam masa (lebih kurang) dua.....tiga minit habis (runtuh semuanya).

"Bahagian beranda...kira-kira bukan ruang solat...bahagian luar yang tak ada karpet," jelasnya yang tidak mahu dikenali. Katanya, nasib baik kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian runtuh tersebut kerana ada dua orang ahli jamaah masjid yang keluar dari masjid beberapa ketika sebelum ia runtuh.

Manakala, kata beliau, ada seorang tua yang hampir-hampir ditimpa runtuhan itu apabila kejadian runtuh itu berlaku ketika beliau sampai di pintu masjid dan berundur semula apabila bumbung tersebut runtuh keseluruhannya. Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid ketika ditemui berkata, beliau sangat terkejut apabila mendengar kejadian runtuh itu.

Beliau yang bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat khabar melahirkan rasa sangat dukacitanya kerana kejadian itu berlaku di tempat awam, lebih-lebih lagi melibatkan masjid yang menjadi tempat ibadat orang Islam. "Saya rasa sangat terkejut dan sangat dukacita atas apa yang berlaku ini kerana ia melibatkan tempat kepentingan awam, lebih-lebih lagi melibatkan tempat ibadat orang Islam. "Sepatutnya tempat ini diberi keutamaan supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku," ujarnya yang juga Setiausaha PAS Hulu Terengganu

Monday, May 20, 2013

Penemuan baru rangkaian iluminati di malaysia....!!!!!!!!

Setelah kajian tentang freemason dibuat,aku mendapati bukan saja di matawang US terdapat simbol2 Iluminati,tetapi sgt mengejutkan ianya wujud juga di Malaysia..Banglamunati..ini konspirasi tertinggi,berhati-hati..  

TerNOW! !!!!Gambar gambar rakyat marhaen di hadapan balai polis jinjang....#bebaskan adam adli! !!!!!!

Zahid Hamidi Warning Malaysiakini

PUTRAJAYA, 20 Mei - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini supaya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan berita.

Beliau berkata portal berita itu perlu berpegang kepada etika kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi kontroversi. “Anda (wartawan Malaysiakini) selalu putar belitkan kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok. “Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. 

Anda jangan main api dengan saya. Anda selalu putar belit. “Tolong cuba menulis mengikut etika kewartawanan okay?,” katanya kepada wartawan portal itu pada sidang media sempena hari pertama beliau bertugas di kementerian itu, di sini hari ini.

Ahmad Zahid juga menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataannya menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berhijrah ke negara di mana mereka boleh mempraktikkan kepercayaan politik mereka, yang menurutnya telah disalah tafsir.

“Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya,” katanya dengan nada serius. ~bernama

Ulasan che'en;perlu berpegang kepada etika kewartawanan????hurm utusan yg terang2 mengunjurkan kata2 berbaur perkauman tu takde plak dia nak warning????hurm...layan jer la ye....

Hijrah: Zahid berkeras, tak akan tarik balik kenyataan ....dasar ketegak.....

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menggesa rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya Malaysia supaya berhijrah keluar dari negara ini.

Zahid juga dilaporkan berkata, beliau bersedia berdepan dengan usul mengecamnya berhubung kenyataannya itu yang akan dibawa ke Dewan Rakyat yang akan bersidang nanti. Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan akan membawa usul di Dewan Rakyat bagi mengecam Zahid yang mengeluarkan kenyataan yang didakwa tidak wajar itu.

Zahid mengejutkan banyak pihak apabila mengeluarkan kenyataan meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain ketika beliau baru sahaja dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Kenyataannya itu menimbulkan pelbagai bantahan bukan sahaja dari ahli politik malah termasuk juga ahli akademik dan penganalisis politik.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dalam reaksinya mempersoal kenyataan Zahid itu yang disifatkannya bercanggah perlembagaan. Beliau mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya. “Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini? Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan.

“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya. Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.

“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama. “Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya.

Berapakah pendapatan pemimpin di Malaysia????

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan termasuk elaun. Merujuk Kertas Statut 235 Tahun 1983, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang Ahli Parlimen diberikan elaun bulanan seperti untuk keraian (RM1,500), pemandu peribadi (RM1,200), perjalanan (RM1, 500) dan telefon (RM900).

Ahli Parlimen turut dibayar elaun sebanyak RM200 sehari apabila mereka menghadiri mesyuarat di Parlimen dan RM150 apabila mereka menghadiri mana-mana jemputan rasmi mesyuarat, taklimat, seminar atau pelbagai acara anjuran kementerian atau agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri.

Selain itu, Ahli Parlimen juga boleh menuntut elaun makanan (termasuk 25% untuk tips) dan bayaran untuk bilik hotel, bayaran caj dobi, tempat letak kenderaan, tol, dan wang belanja untuk membeli pakaian panas dan pakaian istiadat. Faedah-faedah lain seorang Ahli Parlimen ialah mendapat rawatan perubatan percuma untuk diri mereka, pasangan dan anak-anak di bawah 21 tahun di hospital dan klinik kerajaan, pinjaman komputer, kereta dan perumahan, senjata api percuma dan lesen kenderaan, serta pencen dan ganjaran untuk perkhidmatan mereka di bawah syarat-syarat dan keadaan tertentu.

Kredit : TheStar

Ulasan che'en; hasil penilaian daripada pendapatan pemimpin di malaysia ni x ler banyak mane...btol tak?tapi mcamane mereka ni boleh beli rumah dan menjalani hidup yg mewah di malaysia ni?hurm dwet sape ye yang diorang ni gunekan pulak??????hurm...ni mesti hasil diorang ni menabung dari kecik ni...

Kah kah kah kah kah

Lim guan eng dan kerajaan p.pinang kejam????

Kejadian yang tidak disangka-sangka ini berlaku ketika YB Lim Guan Eng menyampaikan cek bantuan kepada rakyat / masyarakat P.Pinang.....

Seorang wanita yang menerima bantuan melutut dihadapan Lim Guan Eng sehingga membuatkan Lim Guan Eng tergamam.  Perbuatan begitu menandakan betapa terharunya dan berterima kasihnya kakak ini atas keperihatinan kerajaan yg telah meringankan bebanannya yang selama ini terpinggir dan terbiar sebelum Pulau Pinang di bawah pemerintahan KERAJAAN PR.

Kumpulan wang tenaga boleh baharu?????gembira jadi rakyat malaysia....yahooo.....

Polis bawa Adam Adli ke Radio Bangsar Utama untuk cari bukti?.. 

Sebelum ini pemimpin kesayangan UMNO Zulkifli Noordin dalam ucapannya yang menghina agama lain yang berbau perkauman dan merupakan satu hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Malaysia berbilang kaum dibiarkan begitu sahaja walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat.

Beberapa hari lepas Menteri KDN baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menghina rakyat Malaysia dengan kenyataan mengarahkan rakyat meninggalkan negara jika tidak bersetuju dengan sistem pilihanraya negara. Ini merupakan satu kenyataan angkuh dan penghinaan terhadap rakyat Malaysia yang boleh mengundang hasutan, tetapi pihak polis biarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.

Itu bila yang bersuara itu bersama UMNO.. tetapi ini yang berlaku bila yang bersuara datangnya dari yang tidak bersama UMNO... Semalam 18/5/2013 Adam Adli telah ditahan atas dakwaan Akta Hasutan dan bermalaman di lokap Balai Polis Jinjang. Hari ini Makamah Majistret telah mengeluarkan reman selama 5 hari dengan tuduhan dibawah Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Ini berikutan kenyataan Adam bersama beberapa NGO lain dalam satu Forum anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei 2013 yang meminta rakyat malaysia turun ke di jalanraya untuk menunjukkan ketidakpuasan rakyat yang ditipu dalam pilihanraya ke13 telah disifatkan berunsur hasutan. Hari ini Malaysiakini melaporkan sepasukan polis telah membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan bahan bukti berhubung siasatan yang dijalankan ke atas anak muda itu.

Seramai lebih 10 orang anggota polis berpakaian preman tiba di pejabat tersebut, yang terletak di tingkat atas di deretan rumah kedai itu, pada kira-kira jam 4.15 petang ini. Adam, yang bergari dan dikawal ketat anggota polis, kelihatan letih tetapi ceria apabila disapa teman-temannya di pejabat tersebut. Beliau yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga sempat menjamah beberapa suap laksa dan menghirup minuman bertenaga 100 Plus yang diberikan oleh rakannya sekalipun dalam keadaan bergari.

Beliau turut dibawa ke satu kenderaan yang digunakan Adam, bagi mengesan bahan bukti tersebut, sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian. Seorang pengerusi jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh, yang turut berada di kediaman tersebut ketika operasi berkenaan berkata, polis bagaimanapun tidak membuat apa-apa rampasan.

Bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid, 52, yang ditemui ketika operasi polis di Bangsar Utama itu berkata beliau berbangga dengan anak lelakinya itu. "Saya dengan keluarga memang daripada dulu tidak pernah sekat dia untuk memperjuangkan kebebasan rakyat, kebebasan akademik dan kebebasan media, asalkan tidak mencetus perkara yang memburukkan keadaan," katanya.

Polis kini menjalankan siasatan ke atas Adam mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan. Sekalipun kurang sihat, Abdul Halim - yang tiba dari Pulau Pinang semalam - menggagahkan diri ke ibu negara bagi memberi sokongan moral kepada anak lelakinya itu. "Kami terus berdoa dan bermunajat kepada Allah... Seorang Adam tumbang atau dilokap, saya yakin jutaan Adam akan muncul. (Perjuangan ini) bukan untuk Adam (sahaja), tetapi untuk generasi akan datang untuk merasainya. "...

Bukan untuk tujuan lain, tetapi untuk menentukan hak rakyat (supaya mereka) betul-betul melihat demokrasi. Demokrasi bukan hanya di atas kertas atau (diungkap) di bibir mulut," katanya.

Sunday, May 19, 2013

Kerana Takut..BN Turunkan Harga Minyak RM0.50 Esok..??

Penurunan Harga Minyak akan berkuat-kuasa pada 20 Mei 2013 iaitu esok. Kabinet Baru Barisan Nasional hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak RM0.50 sen,di semua stesen minyak di seluruh negara.

Perkara ini disahkan oleh seorang menteri kabinet selepas selesai mesyuarat tengahari tadi. Kabinetdalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis-premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.

Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen dalam negara ini.Kebinet berharap penurunan harga minyak ini dapat mengurangkan bebanan rakyat,Walaupun tiada dalam manifesto BN,namun atas sikap prihatin kerajaan BN maka penurunan harga minyak di lakukan.

Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,

1.Minyak Angin (Cap kapak dan cap Tombak)

2.Minyak Senyonyong (Cap Dacing dan Cap Senduk)

3.Minyak Gamat ( Keluaran Pak Mat,Veteran Umno Yang Boikot Air Asia)

4.Minyak Dagu dan Minyak Tumit

5.Minyak Pengasih dan Minyak Meluat

6.Minyak Belacak

Diharapkan pengundi BN bersyukurlah dengan penurunan harga minyak ini..!!

Saturday, May 18, 2013

Selamat berjuang adam adli...kami anak muda sentiase di belakangmu! !!!!!!

Halim Hamid ~ ayh kpd Adam adli 

as'salam .. petanda yang ALLAH beri sehari dua ini tepat sekali ... patut dalam demam asik mengigau berkali2 dari semalam ... memang rindu sungguh padanya..

sekarang, beliau dah ditangkap dan berada Lokap Jinjang .. Selamat Berjuang Anak ku .. ALLAH bersama mu sentiasa .. 

DOA AYAH DAN MAMA SENTIASA MENGIRING PERJUANGAN MU ..Mereka pun manusia, jangan gentar Anakku .. Salute to Adam Adli dari ayah dan Mama .. LOVE anak ku .. HIDUP RAKYAT .. 

ALLAHU AKHBAR .. ALLAHU AKBAR ..

SHAH ALAM - Aktivis pelajar, Adam Adli hari ini ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.Menulis di laman mikro Twitter miliknya, Adam berkata dia ditahan di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Dilaporkan, Adam yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Adam sebelum ini pernah menggemparkan negara kerana menurunkan bendera yang memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Adam melakukan perbuatan itu dalam satu himpunan 17 Disember tahun lalu. ~sinar harian

Tok Guru Nik Aziz saran belajar Mandarin

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan orang Melayu-Islam di negara ini mempelajari bahasa Mandarin dengan niat memudahkan proses untuk berdakwah kepada masyarakat Cina.

Menurutnya, beliau menekankan perkara itu kerana Islam adalah agama untuk semua bangsa dan penguasaan bahasa membolehkan dakwah dapat dijalankan dengan lebih berkesan. “Saya selalu sebut di Kelantan kena ada sekolah bahasa Mandarin.

Ia membolehkan kita terangkan Islam kepada Cina, saya baru ada cucu untuk belajar bahasa Mandarin sekarang ini. Ramai dah anak saudara belajar bahasa itu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perdana meraikan Kejayaan Mengekal Kerajaan Islam Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Sebelum ini, Nik Aziz pernah menyatakan beliau bersetuju sekiranya Kelantan diperintah orang Cina Muslim yang berpengetahuan luas mengenai agama Islam.

Nik Aziz berkata, beliau yakin pada masa hadapan pendakwah di negara ini akan dapat menguasai bahasa Mandarin memandangkan sudah menjadi trend masa kini bahasa itu sudah dipelajari oleh orang pelbagai bangsa.

Dalam pada itu bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas adalah satu-satunya parti yang memperjuang Islam kepada semua bangsa termasuk golongan Cina yang sebelum ini takut dengan Islam.

Malah beliau turut menyatakan amatlah malang bagi Umno, parti yang dikuasai oleh Melayu-Islam, tetapi tidak mahu mengamalkan ajaran Islam,  apatah lagi mahu berdakwah kepada masyarakat Cina.

Harge kereta turun? ??????? Bila????nak dekat pru 14 nanti ke???kenapa gst boleh laksane serta merta? ???

Ulasan che'en ; yang teman pelik dan keliru...kenapa x kaji dulu kmudian baru buat manifesto????ni menunjukkan manifesto bn ni manifesto tangkap muat je,pakatan nak turun harge kete...bn pun nak turun gak.pakatan dah kaji..bn pulak baru nak kaji...hape la.....haish....kesian kat salesman2 kereta....rakyat msti dok hold dlu nak bli kete la ni....

BUKTI JELAS BETAPA PAKATAN RAKYAT MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT!!!!!

Dimana jua Pakatan Rakyat menganjurkan black 505 Suara Rakyat Suara Keramat yang bermula di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor pada 8hb Mei 2013 dan terbaru semalam 17hb Mei di Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan...puluhan ribu malahan sampai ke angka ratusan ribu rakyat datang berhimpun secara aman menunjukan bantahan cara perjalanan PRU 13 yang lalu.

Rakyat boleh menerima kekalahan jika PRU 13 yang lalu dijalankan secara adil, telus dan bersih. Himpunan ini bukannya himpunan  revolusi tapi himpunan aman bantahan rasa tidak puas hati. Perlunya pihak berwajib ambil berat agar sistem Pilihanraya kita bukan saja adil,telus dan bersih tapi perlu jua dilihat adil, telus dan bersih.

~omakkau

Friday, May 17, 2013

Pasca PRU13: Harga petrol tidak diturunkan! !! ALANGKAH GEMBIRA HATIKU TAK TERGAMBARKAN

Oleh SELENA TAY

Undi popular yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat (PR) ialah 51%. Ini bermakna majoriti rakyat telah mengundi Pakatan dengan mengharapkan bahawa harga petrol akan diturunkan pada 6hb Mei 2013. Inilah yang telah dijanjikan oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim jika Pakatan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada 6hb Mei yang lalu.

Tetapi ini gagal direalisasikan kerana walaupun PR meraih lebih banyak undi popular, jumlah kerusinya di Parlimen adalah kurang dari BN dan oleh itu BN lah yang membentuk Kerajaan Persekutuan.

Justeru itu, diharap pula bahawa Kerajaan BN tidak akan naikkan harga petrol kerana ini akan mengecewakan rakyat terutamanya golongan miskin dan yang berpendapatan rendah kerana mereka akan dibebankan lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Dengan peningkatan kos sara hidup yang berterusan, kesan yang diperolehi dari BR1M yang berjumlah RM500 itu pun tidak dapat dirasai kerana jumlah tersebut akan habis digunakan selepas menolak pembayaran bil-bil bulanan dan perbelanjaan di pasar pagi pada hujung minggu.

Di bandar-bandar yang besar pula, jumlah RM500 boleh tahan selebih-lebihnya dua minggu sahaja dan itupun jika sebuah rumahtangga itu kecil dan mengamalkan dasar yang amat kedekut. Dan jika Cukai Barangan Dan Perkhidmatan dilaksanakan dalam tahun ini, maka rakyat yang miskin akan dibebankan lagi.

Kerajaan BN mestilah prihatin kepada rakyat yang miskin seperti yang telah diuar-uarkan dalam jelajah Janji Ditepati mereka untuk menjadi sebuah kerajaan yang berprihatin dan mesra rakyat.

~rakyat marhaen

Contoh-contoh kekalahan KITAB UTUSAN dalam penfitnahannya.

Ini bukan main-main tapi betul-betul terjadi. Jika dalam ISLAM kesaksian UTUSAN tidak boleh di pakai dah kerana terlampau kerap menfitnah. sekian.

PANAS!! Idris Jala dedahkan sumber dana bagi merealisasikan Manifesto Barisan Nasional..

Malaysia akan dapat meraih pendapatan tambahan sehingga RM27 bilion jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dicadangkan dilaksanakan pada tujuh peratus, sama dengan negara jiran Singapura.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata mekanisme cukai yang baru boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion kepada RM27 bilion, pada tempoh matang. "Pada tempoh matang, apabila, setiap rakyat Malaysia mula menyumbang kepada GST.

Ia mesti dilaksanakan secepat mungkin apabila rakyat Malaysia bersedia untuk menerima mekanisme tersebut," katanya. Bercakap dalam forum, "GE13 - Apakah ia bermakna untuk perniagaan?" di sini hari ini, Idris Jala berkata pendidikan atau penerangan mengenai apa itu GST dan bagaimana ia memberi manfaat kepada ekonomi negara adalah sangat penting, bagi membolehkan rakyat Malaysia untuk memahami dan menerima mekanisme cukai serta maju kehadapan..

Beliau juga berkata GST akan menyediakan dana tambahan bagi kerajaan untuk berbelanja pada kesejahteraan rakyat Malaysia, menurut apa yang telah dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Nampak tak dari mana datangnya dana untuk menjayakan Manifesto Barisan Nasional itu??.. 7% GST..
Apa yang akan dikenakan GST itu?...

Pada dasarnya, GST akan dikenakan ke atas semua jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara termasuk yang diimport. Walaupun begitu, beberapa makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sayuran, ikan dan daging ternakan, telur dan kemudahan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta, pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian adalah tidak dikenakan GST. Pengecualian ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan GST ~ MOF

Oleh itu bersedialah untuk membayarnya…walaupun kita tidak redha, namun kerana pengkhianatan teman-teman seperjuangan kita yang berfikiran sempit dan mengutamakan kepentingan diri serta beberapa individu hingga tergamak sabotaj teman seperjuangan yang bertanding seterusnya mengagalkan usaha Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.. bayar sajalah…

~anak sungai derhaka

Khairy tunjuk belang di hari pertama jadi menteri ?????

KUALA LUMPUR: Setelah menjadi menteri, Khairy Jamaludin membuat dua kenyataan penting. Pertama, pandangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya pandangan peribadi, kedua beliau akan menjadi menteri untuk semua belia.

(Khairy ketika mula masuk ke pejabatnya hari ini  - pic Malaysiakini)   "Itu adalah pandangan peribadinya. Tidak mencerminkan pendirian kerajaan," kata Khairy dalam sidang medianya mengulas pandangan Zahid dalam tulisannya di akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Zahid semalam menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.

Menteri dalam negeri itu menulis di Utusan Malaysia, merujuk kepada siri perhimpunan besar pembangkang di seluruh negeri yang mempertikaikan keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Khairy juga hari ini berkata, Kementerian Belia dan Sukan akan menjadi kementerian kepada semua dan beliau akan berbincang dengan semua pihak bagi mencapai hasrat ini.

"Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi national reconciliation.

"Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional," katanya dalam sidang media pertamanya hari ini selepas mengangkat sumpah sebagai menteri.

Sejak lima tahun dahulu Khairy disisihkan oleh pentadbiran Najib kerana bimbangkan tentangan dari musuh peribadinya, Tun Dr Mahathir.

Namun, Najib mengambil Khairy dalam kabinetnya kali ini. Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan perlantikan Khairy sebagai pertahanan Najib untuk melawan kritikan Tun Dr Mahathir.

~harakahdaily

Wahai pejuang pakatan rakyat....

"Bukan semua minat Anwar.Tapi kita semua perlukan Anwar ibrahim. Kita semua perlukan pemimpin Melayu yang berani bukan sebab dia ada kuasa tetapi kerana dia ada kekuatan diri dan keyakinan peribadi." -Pejuang Reformasi.

Membujur Lalu Melintang Patah!Lawan Tetap Lawan!

~Luaskan info ini buat pejuang-pejuang yang lain~

Mari kupas isu ini.....tolong bukak mate same ye......

Salam..
Nak share skit
Azmi panjang rawk wrote :Masa lunch tadi sembang dengan uncle bawak teksi neh. Dia kata sehari sewa teksi RM55. Bayar selama 5 tahun, then teksi tu milik dia. Teksi Proton Iswara je. Bila ditanya kenapa kene sewa uncle? Dia kata sebab mau permit individu susah mau dapat. Kalau bumiputra senang la mau dapat.tp limited.. Kerajaan byk bagi sama syarikat. 

So, aku balik opis neh tekan2 kalkulator... sehari RM55. Setahun maknanya = RM20,275. 5 tahun = RM100,375. Wow!!! Senangnya buat duit yg ada permit teksi neh. Uncle tu kata, syarikat dia sewa tu ada 200 permit. Maknanya dalam setahun dia bley dapat RM4 juta!!!

Kesian yg bawak teksi kehulu kehilir cari passenger. Tapi yg kaya pemegang permit. Kenapa kerajaan kalau nak tolong rakyat tak bagi terus kat rakyat secara menyeluruh. Apa fungsi syarikat pemegang permit neh? Bukan nak tuduh yg pemegang syarikat tu kroni2 BN... tapi nak elakkan kene fitnah baik bagi je permit individu secara menyeluruh.

Serius aku tak faham apa function syarikat teksi neh. Takat sebagai call centre je...eemmm ermmm.Mohon sesapa bagi pencerahan. tq in advance.

P/s: mengikut data dari SPAD setakat Mac 2013, kini ada 80k permit teksi, dimana hanya 32k je permit individu. TOLAK KRONISME!

Mohon kupaskan isu ni..tq

~king jason ori

[BONGKAR] Kajian "81% Mahu Anwar Bersara" Adalah Palsu ....dah la time pilihanraye pun tipu...survey cam gini pun nak menipu jugak? ??????

Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.

Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah.

Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu. Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama. “Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan.

Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai,” kata The Edge. Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers.

Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.

81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara. -hd

Prof. Agus Belasah Teruk Zahid Hamidi.. Saksikanlah!!

Inilah kenyatan bangang dari menteri BN, kenapa begitu mudah Zahid Hamidi menghukum rakyat yang berbeza pandangan dan ideologi dengan parti pemerintah. Jikalau beginilah sikap menteri BN, maka makin cepatlah hayat BN bakal di kuburkan oleh rakyat. Kenyataan bangang Zahid Hamidi mendapat respon segera dari Prof. Agus yang terkenal dengan pandangan kritisnya..

Asyik2 bab politik je...masuk sket bab hiburan pulak. ...

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Kini Sahkan Shah Jaszle Ditahan Khalwat  Dalam satu kenyataan yang di’keluarkan kepada media, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan identiti pelakon terkenal yang di tangkap khalwat awal pagi Khamis sebagai Shahz Jaszle.

SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang. Penahanan Mohd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam. Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman.

Sekian, terima kasih.

~omakkau

Udah pemuda MIC bengang pulak dah.....

Pemuda MIC menyatakan kekecewaannya berhubung pelantikan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy (gambar, kiri) sebagai timbalan menteri dalam kabinet baru perdana menteri. "Dengan melantik seseorang yang mencemarkan imej negara... (perkara ini) akan melemahkan komponen parti seperti MIC dan wakil India dalam BN. "Perdana menteri hatta boleh menimbangkan daripada Barisan Progresif India (IPF) - yang setia kepada BN sejak 25 tahun lalu - untuk kedudukan kanan dalam kerajaan. "Saya kuat rasakan terdapat banyak pilihan lebih baik dalam BN daripada Waythamoorty," kata Ketua Pemuda MIC T Mohan dalam kenyataan media hari ini.

Punca " tok ali saye " Tersungkur Tersebar..

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin orang yang bertanggungjawab mengejutkan banyak pihak dengan menumbangkan bekas Ketua Menteri Mohd Ali Rustam di Bukit Katil dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Keputusan itu menyebabkan Ali (kanan), ketua menteri untuk tiga penggal melangkah daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan penuh tidak bergaya.

Keputusan itu juga menyebabkan ramai orang tertanya-tanya, apa resipi Shamsul sebagai underdog, ditambah lagi dengan rekodnya yang tidak menarik setelah tewas pada 2008 di Tangga Batu dan 2009 di Dungun. "Ketika berkempen, saya bergurau, pada tahun 1974 terdapat perlawanan tinju - perlawanan terhebat di abad ini antara (juara heavyweight) Muhammad Ali dan Joe Frazier. Pada masa itu Frazier tewas. "Pada 2013 Muhammad Ali lawan lagi.

Tetapi kali ini Shamsul Iskandar menang," katanya dalam sebuah forum semalam, mengundang ketawa kira-kira 200 peserta. Bukit Katil kawasan campuran dengan 53 peratus pemilih berbangsa Melayu, 41 peratus Cina dan enam peratus India. Shamsul menang dengan majoriti of 5,447 undi. ~mkini

HEBOH SATU DUNIA PENGERUSI MAJLIS PERSEKUTUAN SEKOLAH MUBALIGH KRISTIAN MALAYSIA DI LANTIK JADI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI!!!!!!! Ape kate UMNO? ??????

Mendapat khabar dan berita Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia, Datuk Mary Yap Kain Ching yang  pernah menang anugerah Tokoh Maulidur Rasul tahun 2007 telah diangkat menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi yang baru.

Rasa pelik dan hairan sungguh....mengapa sampai sekarang langsung sebutir haram perkataan bantah pun tersembur dari mulu PERKASA dan JATI . Kalau tidak tu bukan main lagi mereka punya naik angin satu badan cerita satu dunia pasal Pakatan Rakyat terutamanya PKR dan DAP jual kalimah Allah kepada gereja...

Nah!!!! sekarang yang ini apa cerita pula beb!!! Tak mau ke PERKASA/JATI/PPIM/Belia 4B/GPMS/GAPS/TIBAI/PEKIDA/Pemuda UMNO/Puteri UMNO/ Kak Midah Othman buat demo bantahan... Jangan main-main.. Don't play play....ini pasal aqidah beb!!!!.. pantang nenek moyang PERKASA dan JATI isu aqidah dipermain-mainkan...Betul tak Ibrahim Ali dan Hasan Ali. "...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu.

Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah," Datuk Mohd Nor Abdullah Bekas Hakim Mahkamah Rayuan.

~omakkau