Google+ Followers

Monday, May 20, 2013

Polis bawa Adam Adli ke Radio Bangsar Utama untuk cari bukti?.. 

Sebelum ini pemimpin kesayangan UMNO Zulkifli Noordin dalam ucapannya yang menghina agama lain yang berbau perkauman dan merupakan satu hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Malaysia berbilang kaum dibiarkan begitu sahaja walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat.

Beberapa hari lepas Menteri KDN baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menghina rakyat Malaysia dengan kenyataan mengarahkan rakyat meninggalkan negara jika tidak bersetuju dengan sistem pilihanraya negara. Ini merupakan satu kenyataan angkuh dan penghinaan terhadap rakyat Malaysia yang boleh mengundang hasutan, tetapi pihak polis biarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.

Itu bila yang bersuara itu bersama UMNO.. tetapi ini yang berlaku bila yang bersuara datangnya dari yang tidak bersama UMNO... Semalam 18/5/2013 Adam Adli telah ditahan atas dakwaan Akta Hasutan dan bermalaman di lokap Balai Polis Jinjang. Hari ini Makamah Majistret telah mengeluarkan reman selama 5 hari dengan tuduhan dibawah Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Ini berikutan kenyataan Adam bersama beberapa NGO lain dalam satu Forum anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei 2013 yang meminta rakyat malaysia turun ke di jalanraya untuk menunjukkan ketidakpuasan rakyat yang ditipu dalam pilihanraya ke13 telah disifatkan berunsur hasutan. Hari ini Malaysiakini melaporkan sepasukan polis telah membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan bahan bukti berhubung siasatan yang dijalankan ke atas anak muda itu.

Seramai lebih 10 orang anggota polis berpakaian preman tiba di pejabat tersebut, yang terletak di tingkat atas di deretan rumah kedai itu, pada kira-kira jam 4.15 petang ini. Adam, yang bergari dan dikawal ketat anggota polis, kelihatan letih tetapi ceria apabila disapa teman-temannya di pejabat tersebut. Beliau yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga sempat menjamah beberapa suap laksa dan menghirup minuman bertenaga 100 Plus yang diberikan oleh rakannya sekalipun dalam keadaan bergari.

Beliau turut dibawa ke satu kenderaan yang digunakan Adam, bagi mengesan bahan bukti tersebut, sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian. Seorang pengerusi jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh, yang turut berada di kediaman tersebut ketika operasi berkenaan berkata, polis bagaimanapun tidak membuat apa-apa rampasan.

Bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid, 52, yang ditemui ketika operasi polis di Bangsar Utama itu berkata beliau berbangga dengan anak lelakinya itu. "Saya dengan keluarga memang daripada dulu tidak pernah sekat dia untuk memperjuangkan kebebasan rakyat, kebebasan akademik dan kebebasan media, asalkan tidak mencetus perkara yang memburukkan keadaan," katanya.

Polis kini menjalankan siasatan ke atas Adam mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan. Sekalipun kurang sihat, Abdul Halim - yang tiba dari Pulau Pinang semalam - menggagahkan diri ke ibu negara bagi memberi sokongan moral kepada anak lelakinya itu. "Kami terus berdoa dan bermunajat kepada Allah... Seorang Adam tumbang atau dilokap, saya yakin jutaan Adam akan muncul. (Perjuangan ini) bukan untuk Adam (sahaja), tetapi untuk generasi akan datang untuk merasainya. "...

Bukan untuk tujuan lain, tetapi untuk menentukan hak rakyat (supaya mereka) betul-betul melihat demokrasi. Demokrasi bukan hanya di atas kertas atau (diungkap) di bibir mulut," katanya.

7 comments:

  1. akhrinya ak jumpa juga blog pencacai kat sini. weh PR bayang ang bapa? dulu ak ad bwt blog pencacai mcm ang. dibayar tuk bwt fitnah. satu hari ak mimpi ak berada dalam kepanasan dan ak nampak org y diazab mulutny dgn seksaan y sagt pedih. sejak dari hari tuh ak dah unactive dah blog ak. weh kongsi ark bapa byk George Soros bg dana neraka kat ang? mesti kecewakan makbapak ang kan? dilahirkan dgn harapan blh tolng depa kat akhirat sana2, last2 ang y tempah nk p sana. kesianny kat makbapak ang kan. keciwa tahap gaban. dilahirkan anak seorang penderhaka kepda negara. uit byaknya dosa ang? takut weh.... mati itu........benarrrrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy lg takut kalo menutup @ menyembunyi perkara yg benar.....

      Delete
    2. adakah ang yakin dengan apa ang bwat slama nie? maaf lah apa y ak komen. tapi ak ckp betoi y ak mimpi tuh. ak wisaw kot. mangkit pagi tuh ak teriaq! ang tw dk. ak nyesal y amat sgt. bkan bajet baguiz ka apa ka. tpi Allah syg kat aku. dy bg kesempatan kat ak taubat. dan sekarng seblum ak mati ak nak p mintak maaf sesangat kat orng y ak fitnah, maki hamun dy. itu ja misi ak sekarng nie. takut sgt. takut xdan nak p mintak maaf kat pemimpin. blh ang jujur dgn ak, brpa depa byaq kat ang? ak taw, sebab ak pun da blog.. tapi ak dah cuci tangan. ak la nak baca blog2 y ada ja. y mana ak blh ckp, ak ckp. itu ja. tpi sirus. ak rasa xsedap ati slagi ak x p minx maaf, berdpan dgn orng y ak kata tuh. ak nyesal weh.kira hidup ak duk teringat ja dosa2 ak dlu. ak kena gak p jumpa depa, nak minx maap.hurm doakan aku bejaya dan dipermudahkan noh

      Delete
    3. Insyaallah yakin...xdapat dwet pun bwat mende nieh.....bwat mende ni pun sebab geram ngan orang2 yg masih x nampak ngan kebenaram pastu x henti2 fitnah....alahai....so...k0d anon tersebot....semoge berjsye...

      Delete
  2. anon 4.22.....hang ngate orang,.hang sendri pun 2x5 jg..piirraahhhh...

    MR.SMASHER

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr. Smasher. ak harap ang orang islam. SALAM... semoga Allah merahmati ang amin.ak anon ang maksudkan.

      Delete

Korang nak comment ape,korang comment la ye,da pandai comment,pandai2 la tanggungjawab