Google+ Followers

Friday, May 24, 2013

Kenapa Tamrin Talipon Mat sabu sebelum di tangkap ????

Semalam selagi lagi himpunan Black out "505" telah berjaya menarik ribuan orang ramai yang diadakan di Markas PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Puluhan ribu rakyat yang berbaju serba hitam telah berkumpul untuk mendengar ucapan dari pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat .

Selain DSAI, Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa, Pengerusi PKR Negeri Terengganu merangkap ADUN Bandar,YB Azan Ismail dan ADUN Batu Buruk YB Dr Syed Azman turut hadir.

Himpunan semalam juga disiarkan secara langsung melalui internet dapat ditonton keseluruh dunia .Isu isu yang banyak dikupas oleh penceramah adalah berkisar keputusan pilihanraya serta penipuan. Cuma sedikit kelainan apabila tiba giliran Saudara Mat Sabu berucap, suasana tapak ceramah menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa apabila Mat Sabu mengeluarkan hujah secara berjenaka.

Mat Sabu membangkitkat isu penangkapan pemimpin pembangkang semalam, beliau mengatakan "PENDEKAR BAGAN DATO" merujuk kepada Zahid Hamidi sudah menunjukan belang. Beliau berkata sebelum bertolak ke K.Trengganu beliau menerima talipon dari Tamrim Ghafar Baba yang di tangkap semalam.." ..

Tamrin Ghafar Baba berkata '" semasa aku di dalam Umno semua benda jahat aku buat tapi pihak berkuasa tak tangkap pun aku,' Tetapi bila saya baru nak buat baik aku nak bertaubat dan duduk didalam jemaah Pas saya ditangkap "

... Inilah realitinya negara kita Malaysia kata Mat Sabu, sambil disambut dengan laugan takbir oleh para hadirin.... Ceramah yang di pegerusikan oleh Jahari Abdul di akhiri pemidato terakhir iaitu YB Anwar Ibrahim, Tepat Jam 11.30 malam himpunan diakhiri dengan menyanyikan lagu negaraku secara beramai ramai oleh hadirin.

2 comments:

  1. saya nak hebah perkara ni....

    lihat bagaimana penipuan SPR yang dinafikan oleh ketua SPR, penafian SPR berkenaan cubaan menipu oleh SPR, memang sah gambar letrik padam pd masa kiraan undi pru13. sila baca:
    http://www.kedahlanie.info/2013/05/adun-seri-serdang-akui-gambar-yang-spr.html

    pengerusi dan tim pengerusi SPR wajib jwp, nak kentong sampai tahap mana???

    ReplyDelete
  2. Senyap je cheen ni... dh sejuk ke... Alhamdulillah dia dh sedarle tu.. rasanya dia dh temui jalan kebenaran..

    ReplyDelete

Korang nak comment ape,korang comment la ye,da pandai comment,pandai2 la tanggungjawab